Drama Projek: Exit

Projek Exit

Projek Exit merupakan sebuah drama bersiri terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang bakal yang akan mengupas mengenai situasi di sekolah pemulihan akhlak. Dibintangi pelakon seperti Mierul Aiman, Naim Daniel, Shasha Abedul, Nabila Huda dan Kimberly Chuah. Cerita yang diinspirasikan daripada kisah benar ini dijangka menemui penonton pada September tahun ini.

Project: Exit

Episod: 6
Tarikh Tayangan: September 2024
Rangkaian: Astro Premiere, Astro GO
Skrip: Zulaikha Zakaria, Anwari Ashraf, Syakir "Mo" Zakii, Luqman Sheikh Ghazali, Natasha Azlan, Muqri Azlan
Pengarah: Zulaikha Zakaria
Produksi: Telltale Studios & Astro Shaw Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shasha Abedul sebagai Jannah
Mierul Aiman sebagai Hadi
Naim Daniel sebagai Ucop
Nabila Huda sebagai Ibu Zan
Kimberly Chuah sebagai Amy

Sinopsis Projek Exit

Kisah seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke sebuah asrama pemulihan akhlak selepas gagal dalam percubaan bunuh diri. Konflik bermula apabila dia bertemu seorang remaja lelaki dengan penyakit ‘cystic fibrosis’ dan berkomplot untuk lari dari pusat berkenaan.