Gadis Masa (Viu)

Gadis Masa

Nantikan drama terbaharu Viu Original, Gadis Masa dibintangi oleh Mira Filzah, Tracie Sinidol, Syafiq Kyle, Bella Dowanna dan ramai lagi. Drama diarahkan oleh Yussuf Yunus terbitan Cinemalaya Studios.

Gadis Masa

Tarikh Tayangan: 2024
Penulis Skrip: Ashraf Modee Zain
Pengarah: Yussuf Mohd Yunus
Produksi: Cinemalaya Studios Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mira Filzah sebagai Maya
Syafiq Kyle sebagai Khairi
Tracie Sinidol sebagai Maya
Bella Dowanna sebagai Suzana Mokhtar
Aleza Shadan sebagai Zetty
Azhar Sulaiman sebagai Mokhtar
Amanda Ang sebagai Ramona
Haziq Hussni sebagai Lepat
Nadia Aqilah sebagai Khatijah 
Sherry Ibrahim sebagai Farah Watanabe
Ben Tan sebagai Mr K.C
Fadlan Hazim sebagai Aidil

Sinopsis Gadis Masa

Maya dan Khairi bertemu dan jatuh cinta ketika mereka masih muda. Namun, hubungan mereka berada diambang kehancuran setelah beberapa tahun perkahwinan. Perbalahan tidak diduga menyebabkan kemalangan kereta yang membunuh Khairi. 

Dengan hati yang lara, Maya terjumpa payung lama yang mempunyai kebolehan untuk membawanya kembali ke masa lalu, ke saat dia dan Khairi pertama kali bertemu. Dengan kebolehan ini, Maya berazam untuk mengubah takdir dan percaya bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkan Khairi adalah sekiranya mereka tidak pernah bersama. 

Namun, melawan takdir bukanlah perkara yang mudah dan Maya mendapati bahawa setiap percubaan untuk mengubah takdir, membawa Maya kepada situasi-situasi yang lucu dan diluar jangkaan.