Denting Cinta (TV1)

Denting Cinta

Saksikan telefilem Denting Cinta arahan Rahila Ali akan disiarkan pada 11 November ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1.

Denting Cinta

Waktu Siaran: Sabtu, 11 November 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Sixbase Resources Sdn Bhd
Pelakon: Fadlan Hazim, Isyariana, Laila Nasir, Neera Azizi, Mak Wan, Effa Nasrisha, Dareen Lew, Beego, Rahim Kidol

Sinopsis Denting Cinta

Kisah wanita separa usia iaitu Cikgu Halimah (Laila Nasir) yang mempunyai penyakit Alzheimer dan mengalami mengalami simptom kehilangan memori. Wataknya digambarkan sebagai individu yang mudah resah dan mula berkeliaran serta adakalanya akan menjadi lebih agresif. Selain itu, dia juga akan sentiasa mengucapkan sesuatu dan melakukan sesuatu secara berulang-ulang.

Sementara itu, Darwish (Fadlan Hazim) merupakan salah seorang daripada anak Cikgu Halimah rasa bertanggungjawab mahu menjaga emaknya, yang menghidap penyakit Alzhaimer tersebut.

Apatahlagi bila mengenangkan emaknya juga sentiasa memerlukan bantuan bagi mengendalikan rutin harian seperti mandi, memakai pakaian, makan dan menggunakan tandas. Sesuatu aktiviti yang mudah untuk kita lakukan akan menjadi sesuatu yang sukar bagi penghidap Alzheimer.

Darwish kemudiannya mengambil Dahniah (Isyariana) sebagai pembantu emaknya. Dahniah bersetuju untuk menjaga Cikgu Halimah kerana wanita itu pernah menjadi penjaganya sewaktu Dahniah bersekolah rendah. Mampukah Dahniah menggalas tanggungjawab tersebut? 

Denting Cinta