Filem Pukul Mersing

Pukul Mersing

Saksikan filem aksi komedi terbaru ‘Pukul Mersing’ arahan Izuan Mokhtar bermula 25 Oktober ini di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my

Pukul Mersing

Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2023
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Nizra Entertainment

Watak Pelakon
Fadhli Masoot sebagai Fawwaz
Azzam Sham sebagai Jazlan
Wanns Ahmad sebagai Ammar
Nam Ron sebagai Tok Ayah
Cik B sebagai Melur
Farisha Iris sebagai Tiya
Niezam Zaidi sebagai Agus
Izzy Reef sebagai Apan
Ziha Salleh sebagai Bunga
Adlin Aman Ramlie sebagai Tok Guru Karim

Sinopsis Pukul Mersing

Sebuah kisah pengembaraan tiga sekawan dalam menemui erti persahabatan dan ilmu persilatan yang sebenar.

Fawwaz (Fadhli Masoot) mahu mencari makna sebenar nilai persilatan dan guru yang mampu menurunkan ilmu ‘Buah Pukul Mersing’. Jazzlan (Azzam Sham) dan Ammar (Wanns Ahmad), rakan kolej dan juga teman serumah Fawwaz aktif membuat video di YouTube dan mahu membongkar ilmu persilatan yang dipengaruhi unsur gangterisme.

Bagi membuktikan tanggapan kawan-kawannya salah, Fawwaz mengajak mereka mencari dan mengenali makna persilatan yang sebenar. Persahabatan Fawwaz, Jazzlan dan Ammar diuji selepas mereka bertiga pergi ke Mersing bagi mencari guru ‘Buah Pukul Mersing’. Dalam pengembaraan tersebut, mereka mengenali erti pengorbanan, semangat setia kawan dan nilai persilatan yang sebenar.