Nak Dengar Cerita Hantu?

Nak Dengar Cerita Hantu

Unifi TV melancarkan Unifi TV Originals pertama berjudul ‘Nak Dengar Cerita Hantu?’ arahan Sabri Yunus bakal ditayangkan pada 27 Oktober ini, setiap Jumaat jam 9 malam di Degup saluran Unifi TV 120.

Nak Dengar Cerita Hantu?

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2023
Waktu Siaran: Jumaat, 9.00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV 120)
Penulis Skrip: Sophillea
Pengarah: Sabri Yunus
Produksi: Golden Adventure Creative

Watak Pelakon 
Aiman Tino sebagai Fakir
Namron
Beto Kusyairi
Uqasha Senrose
Nora Danish
Sean Lee
Ashraf Muslim 
Zahiril Adzim 
Elizabeth Tan
Thanuja
Bella Dowanna  
Siti Hariesa
Linda Hashim 
Shahz Jazle 
Kazar 
Amyza Aznan 
Herman Tino
Puteri Khareeza
Farabie 
Kashika
Adrianna Qasmia

Sinopsis Nak Dengar Cerita Hantu

Mengisahkan seorang lelaki yang membela hantu raya yang di warisi oleh ayahnya dengan terpaksa. Namun lama kelamaan dia mula suka dengan saka belaan tersebut. 

Setelah bertahun-tahun dan usianya yang menghampiri kematian, Pak Harun mula sedar dan cuba membuang hantu raya tersebut yang mula mengganggu penduduk kampung. Apatah lagi anak gadisnya putus tunang akibat dia membela hantu raya tersebut. 

Pak Harun akhirnya membuang hantu raya tersebut dengan bantuan seorang ustaz. Pak Harun akhirnya meninggal dunia, anak dan isterinya berpindah selepas kematian Pak Harun.