Drama My Famous Ex Boyfriend

My Famous Ex-Boyfriend

Nantikan drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend diadaptasi daripada novel Petrichor hasil karya Nurul Syahida Kamarudin bakal ditayangkan menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria. Drama arahan Hadith Omar ini diterajui oleh Hael Husaini, Qasrina Karim dan Nadhir Nasar.

‘My Famous Ex-Boyfriend’ merupakan drama yang menggambarkan kesan buruk buli siber yakni salah satu isu sosial popular yang kerap berlaku di kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda yang lebih dikenali sebagai ‘digital natives'.

My famous Ex-Boyfriend’bakal menemui penonton mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

My Famous Ex-Boyfriend

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: iFabulous Art Media & Event

Watak Pelakon
Qasrina Karim sebagai Sameera
Hael Husaini sebagai Ishaak / Haque Zuhal
Nadhir Nasar sebagai Jamie
Ryzal Jaafar sebagai Nat
Nur Aisyah sebagai Dahlia
Natasha Elyzza sebagai Yaya
Aleza Shadan sebagai Saidah
Jasmin Hamid sebagai Sofia
Malle Christian
Jiggy Masin
Nik Rifaie
Nina KSC
Zaki Yahaya

Sinopsis My Famous Ex Boyfriend

Mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal. 

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media. 

Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama. 

Tanpa diketahuinya, Jamie merupakan seorang duda yang digelar sebagai “Suami Dari Neraka”.

My Famous Ex Boyfriend