Filem Mat Kola

Mat Kola

Nantikan filem Mat Kola akan ditayangkan di pawagam mulai 21 September 2023. Filem komedi ini dibarisi barisan pelakon seperti Ropie, Usop, Taiyudin Bakar, Azman Ahmad, Rozita Che Wan dan Putri Hanan.

Mat Kola

Tarikh Tayangan: 21 September 2023
Penulis Skrip: Hafeezul
Pengarah: Hafiz Nafiah
Produksi: AA Success Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ropie sebagai Pak Sheikh
Usop sebagai Mat Ki
Taiyudin Bakar sebagai Mat Not
Azman Ahmad sebagai Mat Yon
Rozita Che Wan sebagai Che Som
Putri Hanan sebagai Maliah

Sinopsis Mat Kola

Mengisahkan tiga orang pemuda yang kecewa dalam kehidupan masing-masing. Mat Ki berhadapan masalah dibuang kerja tanpa sebab. Mat Yon ditipu tunang yang baru diketahuinya ada lelaki lain menjelang hari perkahwinan mereka. Mat Not dipandang rendah oleh ayahnya kerana tidak berjaya seperti adik-beradiknya yang lain. Sebaik terserempak, mereka mula bersemangat memperbaiki diri bersama.

Mereka mencari rumah sewa dan melalui cadangan Pak Syeikh, mereka dapat menyewa rumah sewa milik Che Som, betul-betul di sebelah rumah Che Som. Mereka merancang untuk memulakan perniagaan dengan menjual burger di kawasan kampung dan ini menimbulkan rasa dengki Pak Syeikh. Pelbagai rancangan dilakukan Pak Syeikh untuk mensabotaj perniagaan mereka.