Drama Chinta Wrong Direction

Chinta Wrong Direction

Saksikan drama siri terbaru di slot Megadrama: Chinta Wrong Direction diinspirasikan daripada novel Chinta tulisan Norhayati Berahim bersiaran mulai 26 Jun ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.

Chinta Wrong Direction

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro Go / Sooka
Penulis Skrip: Rehal Nuharis & Bikash Nur Idris
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
Lagu OST: Langit Yang Sama - Dalia Farhana

Watak Pelakon
Hun Haqeem sebagai Raja Akid
Erysha Emyra sebagai Chinta
Raff Roslee sebagai Fuad
Kimberly Chuah sebagai Candy
Hilal Azman sebagai Kamal
Wan Nor Azlin sebagai Molek
Azhar Amir sebagai Raja Haidar
Sharifah Shahora sebagai Puan Shima
Nada Nursyuhada sebagai Zara
Auni Yusri sebagai Farah
Zarynn Min sebagai Nurseha 
Hazeeq Dean sebagai Saiful
Faris Nabil sebagai Faiz
Ikhwan Khairudin sebagai Rodin
Shaza Bae sebagai Akma
Lydiawati sebagai Yong

Sinopsis Chinta Wrong Direction

Menyusuri kisah Chinta dan Raja Akid yang datang dari latar belakang keluarga pincang, namun membentuk dua peribadi yang berbeza hingga mereka saling melengkapi dalam mengatasi kekurangan diri dan menjayakan rumah tangga mereka.

Chinta hidup dalam kesengsaraan bersama ayahnya yang sering menghukum dan mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid pula mempunyai trauma terhadap golongan wanita yang berpunca daripada kesilapan ibunya dalam perhubungan. Disebabkan itu, Raja Akid sering mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita sehingga dia bertemu dengan Chinta di tempat kerjanya. Kehadiran Chinta dalam hidupnya membuatkan dia lebih selesa.

Namun, Raja Akid berbelah bahagi terhadap perasaannya kepada Chinta serta kebenciannya terhadap wanita. Walaupun kedua-duanya perlu mengharungi pelbagai masalah keluarga yang rumit, keberadaan di sisi masing-masing membuatkan kehidupan mereka berasa bahagia.

Sinopsis Novel Chinta

Kisah tentang kehidupan Chinta sejak dari zaman kecilnya yang sering disisihkan oleh si ayah tanpa sebab yang jelas. Namun segalanya diterima dengan hati yang lapang oleh Chinta biarpun jiwanya begitu terluka dek sikap pilih kasih keterlaluan ayahnya. Segala kasih sayang dan harta benda hanya dicurahkan kepada Rodin, abangnya. Hatta sanggup menjual tanah demi membiayai pengajiannya di luar negara, sedangkan Chinta dinafikan haknya semahunya.

Namun Chinta tetap membesar sebagai anak yang mengenang jasa. Sentiasa bermanis muka dan berlemah-lembut melayan ibubapanya. Hingga akhirnya berjaya juga dia meroboh tembok batu ayahnya. Lebih-lebih lagi bila dibandingkan dengan Rodin yang langsung tidak menunjuk muka semasa senangnya.

Percintaannya dengan Saiful yang runtuh selepas lama berkawan sedikit sebanyak merobek perasaan Chinta. Kesetiaannya menunggu selama 10 tahun dengan mudah dileraikan kerana Saiful lebih mengejar kemewahan yang boleh didapati dengan mudah sekiranya dia mendampingi Akma. Chinta akur dengan ketentuannya.

Walaupun Chinta menerima lamaran Raja Akid demi menebus tanah pusaka yang digadai oleh si abang, namun pengakuan cinta Akid yang membuka hatinya dan Chinta juga mula belajar untuk mencintai suaminya setelah halalnya ikatan.

Luarannya tampak begitu bahagia, namun hakikatnya setelah berbulan berkahwin, masih ada rahsia peribadi yang tidak mampu diluahkan dan sikap Raja Akid yang bertukar berang tiap kali hal tersebut diajak berbincang, menyukarkan lagi jalan untuk mencari penyelesaian.

Chinta Wrong Direction