
Nantikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah akan datang di Astro Ria. Drama 40 episod terbitan SR One Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader. Dibintangi oleh Emma Maembong, Shaheizy Sam, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Takdir Itu Milik Aku
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: SR One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Dian Zara
Shaheizy Sam sebagai Tuan Zarif
Amar Baharin sebagai Zarif Adha
Liza Abdullah sebagai Datin Munirah
Jasmin Hamid sebagai Kamsiah
Mustaqim Bahadon sebagai Arman
Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah
Mak Engku Fridah sebagai Nek Wan Hamimah
Nasz Sally sebagai Maryam
Riz Amin sebagai Rahman
Sharifah Husna sebagai Azura
Duerra Mitilda sebagai Elina
Shakilla Khoriri sebagai Adira
Mahmud Alibashah sebagai Dato Salleh
Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif
Radhi khalid sebagai Dollah Kutty
Sinopsis Takdir Itu Milik Aku
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?