Ayahku Adiwira (TV2)

Ayahku Adiwira

Saksikan telefilem khas sempena Hari Bapa 'Ayahku Adiwira' pada 17 Jun 2023, jam 10:30 malam, di RTM TV2.

Ayahku Adiwira

Waktu Siaran: Sabtu, 17 Jun 2023, 10:30 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Mazelan Manan
Lakon Layar: Najmie Maziez
Pengarah: Ruslan Ahmad
Produksi: Wandet Film Production Sdn Bhd
Pelakon: Ucop Cecupak, Hamidah Wahab, Wan Nor Azlin, Sulaiman Yasin,  Adam Shahz, Bobby Kiran, Wawa Amdia, Mat Over, Seri Tun Teja

Sinopsis Ayahku Adiwira

Mustaffa yang mengidap Asperger Syndrome, membesarkan anaknya Aisyah. Zaiton, ibu Mustaffa bimbang kerana dirinya yang sakit sering keluar masuk wad dan tidak dapat membantu menjaga cucunya itu. Zaiton dicadangkan mencari keluarga angkat buat cucunya. Ramai yang berminat termasuklah Mastura. Bagi mencapai hasratnya, Mastura cuba mempengaruhi Zaiton agar mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan akan keadaan anaknya, Mustaffa. Perkara tersebut telah mendinginkan hubungan mereka anak beranak.