Telefilem Ikhlas (TV1)

Ikhlas

Telefilem khas Aidilfitri bertajuk 'Ikhlas' lakonan Jalil Hamid, Ery Zukhairi dan Sweet Qismina di TV1.

Ikhlas

Waktu Siaran: Isnin, 24 April 2023, 10:05 pagi
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Rodzee A. Razak
Produksi: Excellent Golden Touch Sdn Bhd
Pelakon: Jalil Hamid, Ery Zukhairi, Sweet Qismina, Muhsin Nadzli, Yan Ibrahim, Noorshida Ali, Subramanian Kuppusamy, Nazri Ismail Hassan, Farah Syakilla

Sinopsis Ikhlas

Kisah Pak Amin yang tinggal bersendirian setelah bercerai dengan Fatimah, sentiasa mengharap agar dua orangnya Fauzi dan Fina datang melawat. Malah Pak Amin telah melekatkan gambar anaknya di kedai gunting rambut miliknya supaya dia tidak lupa wajah mereka. Takdir Tuhan menemukan Pak Amin dengan anak-anak asbab Fina yang memerlukan wali. Apakah yang menghalang mereka dari bertemu Pak Amin selama ini?