Mengintai Dari Jendela (TV1)

Mengintai Dari Jendela

Saksikan telefilem Mengintai Dari Jendela karya Napi Dollah tribute kepada frontliner sempena 3 tahun Covid-19 melanda Malaysia akan disiarkan pada 18 Mac ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1. 

Mengintai Dari Jendela

Waktu Siaran: Sabtu, 18 Mac 2023, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 slot Pangggung RTM
Penulis Skrip: Mohd Napi Dollah
Pengarah: Mohamad Napi Dollah
Produksi: Waris Design Workshop Sdn Bhd
Pelakon: Sahronizam, Safura Yaacob, Meor Mohd, Elya Miera Ismail, Agus Salim Barli Pasdi, Yumna Mohd Yusof, Adam Darwisyh Saiful Anuar, Fahmie Mikail, Nur Lidya Maisara, Mohd Darwisy, Sharifah Juairiah Syed Jamal Ahmad, Intan Zuliana Khairel Anuar

Sinopsis Mengintai Dari Jendela

Kisah tiga keluarga frontliner iaitu keluarga Dr. Failkham, Keluarga Sarjan Farhan dan keluarga Zaidah yang menghadapi pandemik Covid-19. 

Dr. Failkham bersama isterinya Dr. Jamilah sibuk semasa pandemik Covid-19. Mereka berdua tidak membenarkan anak-anak mereka keluar rumah. Akman anak sulungnya meninggal akibat Covid-19 dan meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung. 

Zaidah seorang peniaga kecil terpaksa menutup gerai jualan makanannya kerana lockdon. Suaminya pula terpaksa bercuti tanpa gaji.