Drama Lecturerku Oppa

Lecturerku Oppa

Drama romantik komedi Lecturerku, Oppa! lakonan Jang Han Byul dan Sweet Qismina ditayangkan di platform iQIYI bermula 3 Mac 2023, episod baru setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9:00 malam. Strim drama Lecturerku Oppa di aplikasi iQIYI atau di www.iQ.com

Lecturerku, Oppa!

Episod: 12
Tarikh Tayangan di iQIYI: 3 Mac 2023
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Idea Asal: Nadia Rahim
Penulis Skrip: Hajar Edwina & Maisurah Rahim
Pengarah: Fairuz Loy
Produksi: Arie Zaharie Production Sdn Bhd

Lagu Tema (OST)
Baek - Farisha Iris feat Alan D
Bukan Milikku - Jang Han Byul

Watak Pelakon
Jang Han Byul sebagai Hyun / Daniel
Sweet Qismina sebagai Sara
Farisha Iris sebagai Naura
Naim Daniel sebagai Nizam
Atiq Azman sebagai Zafrul
Marrisa Yasmin sebagai Mama Sara
Haeriyanto Hassan sebagai Papa Sara
Carmen Soo sebagai Miss Soo 
Yusuf Hashim sebagai Sir Adam
Ji Su sebagai Dasol

Sinopsis Lecturerku, Oppa!

Jung-Hyun Hwang ialah seorang pensyarah di Kolej Pengurusan Pelancongan di ibu negara. Dia seorang Korea yang fasih bahasa Melayu. Dia kacak dan dikagumi ramai pelajar di kampus, tetapi dia hanya meminati seorang pelajar Melayu bernama Sara.

Apabila Sara ditugaskan untuk membuat projek tentang Korea, Hyun berkeras membantunya supaya mereka dapat menghabiskan masa bersama. Sara menolaknya pada mulanya tetapi jatuh cinta padanya semasa mereka berjalan-jalan di kampus. Namun, hubungan antara pelajar dengan pensyarah tidak akan berjalan lancar. 

Akhirnya, Hyun masuk agama Islam dan mendapatkan nama baharu, Daniel Abdullah. Dia akan memulakan perjalanan baharu bersama Sara. Namun, dia perlu mengatasi dua cabaran terlebih dahulu, iaitu puasa dan sunat.