Pontianak 100kg

Pontianak 100kg

Saksikan siri original Tonton 'Pontianak 100KG' mulai 5 April di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Pontianak 100kg

Tarikh Tayangan di Tonton: 5 April 2023
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aya Amiruddin sebagai Melati
Mark Adam sebagai Salleh
Wanss Ahmad sebagai Malik
Mathni Razak sebagai Dharma
Kazar Saisi sebagai Pak Bayang
Ady Mohammad sebagai Jibam
Afifah Nasir sebagai Mewangi

Sinopsis Pontianak 100kg

Mengisahkan Melati (Aya Amiruddin), gadis cantik yang suka makan. Melati didapati mati dalam keadaan dia sedang berlapar kerana ibunya menghabiskan makanan kegemarannya iaitu Telur Ikan Parang. 

Melati berubah menjadi pontianak yang mengganggu penduduk kampung dengan memakan makanan yang mereka ada. Apa yang mengejutkan, Melati menjadi pontianak seberat 100KG!

Biarpun pelbagai usaha dilaksanakan oleh penduduk kampung yang diketuai Pak Bayang (Kazar Saisi) dalam menyelesaikan isu ini, namun tiada yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung berkenaan. 

Dharma (Mathni Razak), Salleh (Mark Adam) dan Malik (Wanns Ahmad) merupakan pemuda-pemuda kampung yang sama sekali tidak membantu dalam memberikan sumbangan idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah itu.

Kehadiran Jibam (Ady Mohammad) yang lebih proaktif bagai memberi sinar kepada Pak Bayang, namun muncul pula konflik lain. 

Persoalannya, berjayakah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan Pontianak 100KG ini?

Pontianak 100kg