Akad Ibu Sejadah Rindu (TV1)

Akad Ibu Sejadah Rindu

Saksikan telefilem Akad Ibu Sejadah Rindu lakonan Amelina Sharipuddin dan Che Kem akan disiarkan pada 18 Februari ini, Sabtu pukul 9 malam di TV1.

Akad Ibu Sejadah Rindu

Waktu Siaran: Sabtu, 18 Februari 2023, 9:00 malam  
Rangkaian: TV1 slot Panggung RTM
Idea Asal: MAS2020 
Penulis Skrip: Siti Jasmin Ibrahim
Pengarah: Rosliana Roslie
Produksi: G69 4U Sdn Bhd
Pelakon: Amelina Sharipuddin, Che Kem, Ku Faridah, Mimi Ernida, Sahee Shamsuddin, Zarina Zainuddin, Azzahra Ahmad, Fauzuly D’Boy

Sinopsis Akad Ibu Sejadah Rindu

Kisah Sofia dipenjara 15 tahun atas tuduhan membunuh Samad. Sepanjang Sofia dipenjara, suaminya Taufik mengalami kemurungan. Taufik dan anak-anaknya, Danial dan Diana di jaga oleh mentuanya Puan Kalsum. Puan Kalsum tidak suka Sofia kerana tidak sedarjat dengannya. Selepas keluar penjara, Sofia mencari suami dan anak-anaknya tetapi tidak berjaya. Berjayakah Sofia mencari suami dan anak-anaknya?