Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah (TV3)

Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Nantikan drama adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan gandingan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah. 

Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal menemui penonton mulai 6 Februari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3 atau strim di tonton.com.my

Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Skrip: Mimie Zakaria & Farah Izzati
Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
Produksi: Nuansa Sdn Bhd
Lagu OST: Genggam - Aliff Aziz

Watak Pelakon
Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah 
Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
Jasmine Suraya sebagai Maira
Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
Didi Astillah sebagai Aqilah
Halim Radzi sebagai Haikal
Letchumi Sandraj sebagai Reena
Jasper Supayah sebagai Najia
Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
Kuna Muzani sebagai Umi
Shahidan Izwan sebagai Aidil
Hilal Azman sebagai Zahid
Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar 
Ammar Bahri sebagai Manan
Ayu Ayuni sebagai Alia
Syrul Ezwan sebagai Raziq
Adwafri Shah sebagai Kamarul
Een Efendi sebagai Maksu
Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
Saiful Ghaz sebagai Bazli
Addin Baharudin sebagai Firdaus
Naim Shamshol sebagai Fahmi

Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini.

Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang.

Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian.

Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah.

Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Sinopsis Novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.

Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.

Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.

Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.

Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.

“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail

“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah

Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah