
Nantikan drama Namamu Cinta bakal bersiaran mulai 14 Februari ini, setiap Sabtu dan Ahad, eksklusif di Tonton. Drama 10 episod terbitan Red Communications dan diarahkan oleh Khairi Anwar. Dibintangi oleh Zara Zya, Jazmy Juma, Syad Mutalib dan Shahz Jaszle.
Namamu Cinta
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2026
Hari Siaran: Sabtu & Ahad
Platform Penstriman: tonton
Penulis Skrip: Anwar Hadi & Baizura Kahar
Pengarah: Khairi Anwar
Produksi: Red Communications
Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Aslan
Zara Zya sebagai Nuna
Syad Mutalib sebagai Anis
Shahz Jaszle sebagai Hisham
Sobri Anuar
Nor Albaniah
Sinopsis Namamu Cinta
Mengisahkan Nuna, seorang usahawan fesyen berjaya yang obses terhadap kesempurnaan dan kemenangan. Namun, kehidupannya berubah 360 darjah apabila rumah tangganya bersama pelakon popular, Hisham (Shahz Jaszle) berakhir dengan perceraian.
Dalam usaha memulihkan hati yang remuk, Nuna memilih membawa diri ke Port Dickson dan di situlah dia dipertemukan dengan Aslan (Jazmy), pembuat batik muda yang tenang, bersahaja dan jauh berbeza daripada dunia glamor yang biasa didiaminya.
Pertembungan dua dunia wanita kota yang serba laju dan lelaki kampung yang santai mencetuskan pelbagai adegan salah faham, ‘bergaduh manja’ dan momen romantik yang menghiburkan.
Konflik semakin memuncak apabila Anis (Syad Mutalib), rakan rapat yang menyimpan perasaan terhadap Aslan, mula cemburu dengan kehadiran Nuna.
Dalam masa sama, bekas suami muncul semula menagih peluang kedua, membuatkan Nuna terperangkap antara masa lalu dan kebahagiaan baharu.