Filem Tilam Perca

Tilam Perca

Pengarah Rashid Sibir amat terkenal dengan sentuhan karya yang menyentuh perasaan dan mampu mengundang air mata penonton seperti ‘Pondok Buruk’, ‘Quran Buruk’, ‘Terbuka Pintu Syurga’, ‘Tanah Kubur’, kini kembali dengan buah tangan terbaru iaitu filem Tilam Perca. Filem dengan genre kekeluargaan ini akan mula ditayangkan bermula 3 Disember 2022 menerusi di Astro First saluran 480 atau boleh dilanggan menerusi platform penstriman On Demand atau Astro Go.

Tilam Perca

Tarikh Tayangan di Astro First: 3 Disember 2022
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik Snd Bhd
Lagu Tema: Terlalu Rindu - Halim Ahmad

Watak Pelakon 
Norlia Ghani sebagai Nenek
Amerul Affendi sebagai Akob
Dato Rahim Razali sebagai Tok Ketua
Nasir Bilal Khan sebagai Atan
Jalaludin Hassan sebagai Pak Man
Didie Alias sebagai Salbiah
Farahdhiya sebagai Kiah Janda

Sinopsis Tilam Perca

Mengisahkan tentang seorang nenek yang sanggup bergadai nyawa dan harta untuk anak-anaknya, Pak Tan dan Pak Man. Namun, nenek tetap dilayan hina oleh kedua-dua lelakinya serta menantu yang tidak berperikemanusiaan. Sementara itu, orang kampung juga memandang hina terhadap nenek kerana menjaga cucu iaitu Akob yang seorang penagih. Namun Nenek sebagai ibu dan nenek masih cuba menerima semua dugaan dan masih menyayangi anak dan cucu.