
Nantikan drama Obsesi Dia diinspirasi daripada novel The Witness karya Suhailah Selamat akan mengisi slot Samarinda TV3. Drama bersiri terbitan Saphire Screen, diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim dan ramai lagi.
Obsesi Dia
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Rozie Rashid, PGRs Team
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Pelakon: Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim, Faha Azhar, Alif Hadi, Anies Hann, Kak Girl, Natasya Mahyan, Jay Iswazir, Fify Azmi, Razman Mahayuddin, Zazly Baginda
Watak Pelakon
Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah
Zaki Azeman sebagai Zacky
Ashraf Muslim sebagai Rizq
Alif Hadi sebagai Adam
Anies Hann sebagai Nura
Kak Girl sebagai Susan
Fify Azmi sebagai Adelia Sofei
Sinopsis Obsesi Dia
Affiyah menjadi saksi kepada satu pembunuhan. Sejak itu dia diburu oleh lelaki berhudi. Satu persatu orang kesayangan Affiyah menjadi mangsa. Pembunuh itu mahu buat Affiyah sengsara sebelum menjadikan Affiyah sebagai mangsa terakhirnya.
Kejadian disatu malam membuatkan Affiyah cedera kerana dilanggar kereta. Malam bersamaan ayahnya dibunuh dengan kejam oleh pembunuh psiko itu. Affiyah yang koma terlantar di hospital mengalami amnesia. Rizq, abang Affiyah bertindak menukar identiti Affiyah kepada Alliyah untuk melindunginya daripada pembunuh psiko demi keselamatan Affiyah.
Bila tersedar, Affiyah lupa siapa dirinya tetapi mendapati dia mempunyai kelebihan. Affiyah dapat melihat gambaran buruk diri seseorang apabila dia menyentuhnya. Masa berlalu, sekali lagi Affiyah menjadi mangsa buruan pembunuh tersebut bila identiti sebenar Affiyah diketahui. Sekali lagi Affiyah diburu.