Drama Nenek Bongkok Tiga

Nenek Bongkok Tiga

Siri Viu Original terbaru berjudul Nenek Bongkok Tiga sebuah kisah fantasi seram arahan Datuk Yusry Abdul Halim, selepas siri Seribu Nina dan She Was Pretty pada tahun 2022.

Nenek Bongkok Tiga mengetengahkan orang baru dan lama dalam bidang lakonan di negara ini, termasuklah Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar dan ikon lakonan diminati ramai Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.

Dua episod Nenek Bongkok Tiga akan ditayangkan di platform Viu pada 9 Februari, diikuti dengan satu episod baru setiap minggu pada setiap hari Khamis.

Penonton boleh menonton Nenek Bongkok Tiga di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com.

Nenek Bongkok Tiga

Episod: 10
Tarikh Tayangan di Viu: 9 Februari 2023
Skrip: Azhar Amirulhisyam
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Independent Pictures Sdn Bhd
Lagu OST: Selamanya Kita - Altimet & Kungfu Heidi

Watak Pelakon 
Hun Haqeem sebagai Zamir
Meerqeen sebagai Adi
Sharlie Merlis sebagai Nenek
Sofia Jane sebagai Samira
Sara Ali sebagai Alis
Syafie Naswip sebagai Sani
Sara Mack Lubis sebagai Malia
Fimie Don sebagai Mior
Syazwan Zulkifly sebagai Salim
Ashraf Muslim sebagai Haikal
Rykarl Iskandar sebagai Zaid
Dhia Irdina sebagai Hana Kecil
Zainal Ariffin Ismail sebagai TV Host
Hana Tiha sebagai Kaira
Iskandar Syahidan sebagai Hairi
Khai Sabri sebagai Lelaki Murung / Taufiq
Esma Daniel sebagai Hateem
Aida Aris sebagai Marni
Louisa Chong sebagai Aunty Koh

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga

Lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi  orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.

Nenek Bongkok Tiga