Drama One Cent Thief

One Cent Thief

Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.

One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.

Drama premium mengetengahkan genre jenayah thriller merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo dan beliau turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki. Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal temui penonton bermula 8 Oktober, setiap hari Sabtu, jam 9 malam ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran 202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime saluran 704. Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baru seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12.00 tengah malam menerusi strim di platform Astro GO atau On Demand.

One Cent Thief

Episod: 8
Genre: Jenayah Thriller
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2022 (9.00 malam)
Waktu Siaran: Sabtu, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria HD, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing HD
Idea Asal: Alfie Palermo
Penulis Skrip: Alfie Palermo, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki
Pengarah: Ariff Zulkarnain
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd & Independent Pictures

Watak Pelakon
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
Faizal Hussein sebagai Abah (Shah Karim)
Azira Shafinaz sebagai Intan
Fabian Loo sebagai Ash Lee
Sofia Jane sebagai Ibu Zara
Aghonderan Sahadevan sebagai Devan
Amerul Affendi sebagai Kadak
Carmen Soo sebagai Irene
Sathisvaran Magesvaaran sebagai Dinesh
Krishna Kumar Nair sebagai Sathish
Rubi Rubini sebagai Mimi
Amir Nafis sebagai Wan Zairol
Fadhli Masoot sebagai Shemad
Aleza Shadan sebagai Mak Iman
Syed Irfan sebagai Iman Muda
Airiezara Jasmin sebagai Intan Muda

Lagu OST:
Tajuk: Punca
Penyanyi: Lil J & Putera Muhammad
Komposer: Amy Bong, Wan Saleh
Lirik: Amy Bong,Ateh Zack, Lil J

Sinopsis One Cent Thief

Mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.