Telefilem PT 6210

PT 6210

Saksikan telefilem PT 6210 sempena hari kebangsaan yang ke-65 pada 31 Ogos 2022 (Rabu)pukul 10 malam di Astro Prima

PT 6210

Waktu Siaran: Rabu, 31 Ogos 2022, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Prima
Idea Asal: Adza Emie Adenan
Skrip: Adza Emie Adenan, Yus Waisar, Yus Yusoff
Pengarah: Yus Yusoff
Produksi: Panaric Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Fimie Don, Anuar Kin Wah, Mahmud Ali Bashah, Margaret Gan, Kalpana Shree

Sinopsis PT 6210

Pada tahun 1970, saat kemuncak jurang perkauman masih berbekas dalam masyarakat Malaysia – seorang pemuda Melayu mendapati dirinya perlu pulang ke kampung di Kedah ekoran ayahnya nazak – dan hanya ada sebuah kenderaan yang boleh dinaikinya dan ianya dipandu oleh seorang lelaki separuh usia berbangsa Cina.

Satu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar pada 14 Mei 1970, dipandu oleh seorang tua Cina yang terdesak perlukan duit untuk ubati ibunya, dinaiki pula oleh seorang pemuda pemimpin nasionalis melayu yang dipaksa pulang ke kampung. Apakah yang bakal berlaku sepanjang jarak lebih 350km itu?