Drama AI.5YA (Viu)

AI.5YA

Saksikan Siri Viu Original terbaharu AI.5YA lakonan Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Afdlin Shauki, Ozlynn Waty dan Elly Ariffin akan ditayangkan di platform Viu sebanyak 2 episod setiap minggu mulai 18 Ogos 2022, setiap hari Khamis.

AI.5YA

Episod: 10
Genre: Komedi, sci-fi
Tarikh Tayangan di Viu: 18 Ogos 2022
Skrip: Afdlin Shauki, Christina Orow
Pengarah: Aizam Syamsul Aksan, Afdlin Shauki
Produksi: Petra Vision Works

Watak Pelakon
Zizan Razak sebagai Jehan
Mia Sara Shauki sebagai AI.5YA
Dato Afdlin Shauki sebagai Dato Soffaruddin Al Sogud
Ozlynn Waty sebagai Jasmine
Faradhiya sebagai Tok Da
Elly Ariffin sebagai Maya
Khir Rahman sebagai Pak Mail
Ako Mustapha sebagai Fairuz
Ian Haziq sebagai AI.M4N
Emma Sofea sebagai Iman

Sinopsis AI.5YA

Mengisahkan Jehan, seorang pencipta kandungan yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.

Namun Jehan menerima sebuah android peneman bernama AI.5YA yang tertukar secara tidak sengaja dengan android pembikin filem (AI.M4N) yang dipesannya. Jehan terpaksa menukar fungsi android peneman yang disalah hantar kepadanya untuk menjadi kru penggambaran yang serba boleh.

Walau bagaimanapun, apabila videonya yang dibintangi AI.5YA menjadi tular, Jehan mendapati dia perlu merahsiakan identitinya dari peminat dan Maya.