Astro menerusi jenama Astro Originals mempersembahkan sebuah lagi drama siri premium berjudul Murder By Moonlight dengan menampilkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”. Penonton akan dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan digerakkan oleh watak wanita.
Murder By Moonlight bakal temui penonton bermula 1 Ogos ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand.
Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan Passion Pictures. Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna.
Menerusi Murder By Moonlight menyaksikan gandingan bakat hebat para pelakon daripada pelbagai latar seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Sharifah Amani, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Riz Amin, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.
Murder By Moonlight
Episod: 8
Genre: Pembunuhan, Misteri
Tarikh Tayangan: 1 0gos 2022
Waktu Siaran: Isnin, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Citra, Astro Go
Cerita Asal: Mien.ly & Bani Hamid
Skrip: Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan & Ashraf Modee Zain
Lakon Layar: Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan & Ashraf Modee Zain
Pengarah: Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap, Tony Pietra Arjuna
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Iron Hill Media Sdn Bhd & Passion Pictures
Barisan Pelakon
Sara Ali sebagai Ameera
Wan Hanafi Su sebagai Tuan Osman
Riz Amin sebagai Chef Jit
Hana Nadira sebagai Afie Mastura
Radhi Khalid sebagai Dato Karnain
Ruzana Ibrahim sebagai Datin Saloma
Thanuja Ananthan sebagai Dr Sangeetha
Sharifah Amani sebagai Bella
Tiara Anchant sebagai Julia
Amanda Ang sebagai Mindy
Brian Chan sebagai Benjamin Leong (Ben)
Amir Ameezan sebagai Ali
Sinopsis Murder By Moonlight
“1 Pulau, 12 Suspek : 1 Kematian” - Pada pagi pertama MCO 1.0, seorang novelis murder mystery; Tuan Osman, dijumpai tak bernyawa. Adakah sebab usia atau ada sesuatu aneh berlaku? Apabila seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan tiada jalan keluar dari pulau itu, sah sah ada pembunuh di antara mereka. Ianya jadi tanggungjawab pengurus hotel baru (dan sementara), Ameera, seorang peminat mati cerita misteri untuk cari pembunuh itu sebelum nyawa tetamu lain terkorban!
Kisah Murder By Moonlight bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil, seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki antara dua belas tetamu hotel.
Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!