Drama Cina Buta

Cina Buta

Nantikan drama bersiri Cina Buta hasil karya Shahrulezad Mohameddin membawa penceritaan yang sarat dengan liku-liku kehidupan berumah tangga serta pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan dengan menampilkan gandingan trio baharu iaitu Ungku Ismail Aziz, Nad Zainal dan Aliff Aziz.

Penggunaan istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat, namun ia membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga.

Cina Buta akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 19 Disember 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Cina Buta

Episod: 18
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 104
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Lagu OST: Pari Purna - Amylea

Watak Pelakon
Nad Zainal sebagai Mia Sara
Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz
Aliff Aziz sebagai Aliff
Puteri Aishah sebagai Habibah
Norreen Iman sebagai Norreen
Anas Ridzuan sebagai Ajis
Aman Aziz sebagai Umar
Didie Alias sebagai Datin Sri
Azhan Rani sebagai Tan Sri
Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik

Sinopsis Cina Buta

Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga.

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. 

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?

Cina Buta