Syurga Nur Muhammad

Syurga Nur Muhammad

Saksikan telefilem Syurga Nur Muhammad lakonan Danish Hazriq dan Puteri Sarah Liyana di Awesome TV pada Ahad ini pukul 9 malam.

Syurga Nur Muhammad

Waktu Siaran: Ahad, 22 Mei 2022, 9:00 malam 
Rangkaian: Awesome TV
Idea Asal: Azura Zamri
Skrip: Azura Zamri, Suzanna Zaily Zin
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Jaja Ishak Channel Sdn Bhd
Pelakon: Danish Hazriq, Puteri Sarah Liyana, Lan Siro, Raja Afiq, Amin Haridz, Badrul Muhayat

Sinopsis Syurga Nur Muhammad

Marlia seorang ibu tunggal beranak satu, nekad tinggalkan anak autismenya, Nur Muhammad kepada jirannya Farid kerana mendambakan syurga impian dengan perkahwinan keduanya. Bagi Marlia, Nur Muhammad adalah beban kepadanya.Perkahwinan ke-dua ini yang diharapkan membawa kebahagian, mengundang kecelakaan apabila suami baru lebih mengutamakan anak gadisnya yang sering buat onar. Perbalahan berlaku dan akhirnya, dia terpaksa merempat jadi gelandangan. Sehinggalah suatu hari Nur Muhammad dan Farid menemuinya di sebuah lorong. Nur Muhammad dengan seikhlas hati menjaga ibunya yang dulu pernah membuangnya. Marlia kini sedar bahawa syurga kebahagiaannya ialah bersama Nur Muhammad, anaknya.