Drama Aku Tanpa Cintamu (TV3)

Aku Tanpa Cintamu

Nantikan drama bersiri 'Aku Tanpa Cintamu' diterbitkan oleh Wira Nusa Production, diarahkan oleh Emi Suffian akan menemui penonton di slot Samarinda TV3 dan platform penstriman Disney+ Hotstar mulai 15 September ini. Mengandingkan pelakon senior dan pelakon baru iaitu Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham dan Malek Mccrone.

Aku Tanpa Cintamu

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 15 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
Idea Asal & Skrip: Orked
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Menahan Luka - Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Watak Pelakon
Zamarul Hisham sebagai Adam
Bella Astillah sebagai Nuha
Malek Mccrone sebagai Hadi
Eizlan Yusof sebagai Idris
Jihaa Sham sebagai Lydia
Mas Anizan sebagai Murni
Shah Iskandar sebagai Syed
Julia Farhana Marin sebagai Fatin 
Zarynn Min sebagai Linda
Khaty Azian sebagai Sarah
Bella Rahman sebagai Syura

Sinopsis Aku Tanpa Cintamu

Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam, yang kemudian mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?

Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan meyakinan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk jadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat.

Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Aku Tanpa Cintamu