Ketika Takbir Bergema (TV2)

Ketika Takbir Bergema

Telefilem khas Aidilfitri 'Ketika Takbir Bergema' akan disiarkan pada malam raya pukul 10 malam di TV2.

Ketika Takbir Bergema

Waktu Siaran: Isnin, 2 Mei 2022, 10:00 malam
Rangkaian: TV2
Idea Asal: Mazelan Manan
Skrip: Siti Hawa Ibrahim
Pengarah: Mohamed Nor Bujang
Produksi: Citra Ummah Network Sdn Bhd
Pelakon: Wan Nor Azlin, Nur Risteena, Raja Afiq, Puteri Darwisyah, Tash Young, Rashidah Jaafar, Rahmah Harun, Nazry Zahar, Cahaya Eina

Sinopsis Ketika Takbir Bergema

Fatimah terpisah dengan anak kandungnya, Nazira sejak dia berpindah ke Sarawak mengikut suami barunya, Azman. Ibu mertua Fatimah menghasut Nazira membenci ibunya. Sebelum meninggal dunia, ibu mertua Fatimah berterus terang kepada Nazira bahawa Fatimah ada cuba menghubungi Nazira tetapi dihalang olehnya. Azman yang mengidap kanser tidak mampu menjaga Fatimah yang juga sakit (Alzheimer) dan menghantar Fatimah ke sebuah pusat penjagaan orang tua.