Saksikan telefilem bertajuk 3 Hari dinspirasi dari kisah benar lakonan Rusdi Ramli disiarkan pada Sabtu ini jam 9 malam di TV1.
3 Hari
Waktu Siaran: Sabtu, 9 April 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 (Panggung RTM)
Idea Asal: Hana Hariz Haura
Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: Alfanazra Productions
Pelakon: Rusdi Ramli, Safura Ya'cob, Chacha Maembong, Daniesh Suffian, Asry Azizan
Sinopsis 3 Hari
Azmi merupakan seorang bapa dan suami yang gagal mendidik isteri dan anak-anak. Isterinya, Rozie berlagak seperti orang kaya walaupun mereka hanya tinggal di flat. Setelah diberhentikan kerja kerana kilang menghadapi masalah kewangan Azmi membawa grab demi menampung kehidupan keluarganya. Isteri dan anak-anak hilang hormat kepada Azmi dan Azmi mula berubah ke arah kebaikan. Hubungan dia dengan isteri dan anak-anak makin jauh sehinggakan dia telah mati berseorangan selama 3 hari di dalam biliknya langsung tidak disedari oleh mereka.