Drama Perempuan Itu

Perempuan Itu

Saksikan drama bersiri 'Perempuan Itu' karya Eirma Fatima mulai 1 Jun 2023 ditayangkan eksklusif di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari tonton.com.my

Perempuan Itu

Episod: 30
Tarikh Tayangan di tonton: 1 Jun 2023
Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Nur Ain Sharif & Isma Yusof
Produksi: Rumah Karya Cinta
Lagu Tema: Perempuan - Jacklyn Victor

Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Khalish
Zul Ariffin sebagai Emir
Siti Hariesa sebagai Seira
Amar Asyraf sebagai Aryan
Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin 
Norish Karman sebagai Khafila
Azizah Mahzan sebagai Saodah
Aleeza Kasim sebagai Farisha
Ismail Yaacob sebagai Ismail Yaacob
Balkisyh Semundur Khan sebagai Musalmah
Erysha Emyra sebagai Wardah
Elfriena Adros sebagai Yasmina
Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai Iqbal
Amir Ahnaf sebagai Remy
Shaidan Izwan sebagai Rafiuddin

Sinopsis Perempuan Itu

Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish (lakonan Mimi Lana), ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir (lakonan Zul Ariffin). Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira (lakonan Siti Hariesa).

Perempuan Itu