Drama rantaian ‘Tetuan Ang & Rahimin’ merupakan hasil terbitan KL Motion Pictures Company Sdn Bhd, gandingan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin . Dibintangi oleh Daiyan Trisha, Ben Amir dan Rashidi Ishak. Drama ‘Tetuan Ang & Rahimin’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 14 Februari 2022 di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Tetuan Ang & Rahimin
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 104
Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddi
Skrip: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Nurulsyahida Mohd Fadzil Than, Rashidi Ishak, Johan Bahar, Keen
Pengarah: Wan Alauddin & Wan Hasliza
Produksi: Kl Motion Picture
Watak Pelakon
Daiyan Trisha sebagai Budi
Ben Amir sebagai Rahimin
Rashidi Ishak sebagai Ang
Anita Baharom sebagai Salmah
Ellyas Abdullah sebagai Shauki
Shahril Sarjen sebagai Maiman
Nurkamelia Mustaffa sebagai Karina
Hydar Hasanudin sebagai Asyraff
Muhammad Taufiq Azhar sebagai Taufiq
Ieka Zulkifli sebagaai Datin Julie
Anna Melissa sebagai Nabilove
Siti Hajar Ahmad Oshin sebagai Yuyuan
Shukri Tahir sebagai Peguam Syakirin
Adi Bear sebagai Samsudin
Syahiera Abu Hasan sebagai Lydia
Razali Hussain sebagai TPR Ehsan
Syed Nahar sebagai Dato Jalil
Ustaz Nazeri Md Ismail sebagai Pak Sakor
Henzi Andaalas sebagai Haris Pi
Lash Mokhtar sebagai Harun
Iman Corinne Adrienne sebagai Cik Kalsom
Haeriyanto Hassan sebagai Razali
Sinopsis Tetuan Ang Dan Rahimin
Sebuah firma guaman berhadapan dengan masalah kewangan apabila Karina membuat keputusan untuk meninggalkan firma tersebut dan membawa klien mereka bersamanya. Peguam muda dan baru, Budi, berusaha untuk membantu peguam Ang & Rahimin supaya firma mereka dapat terus beroperasi. Suasana menjadi huru-hara apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.
Tetuan Ang & Rahimin sebuah firma guaman yang dimiliki Ang (Rashidi Ishak) dan Rahimin (Ben Amir). Budi (Daiyan Trisha) merupakan penguam junior yang baru memulakan tugas sudah tertekan dengan situasi di firma tersebut.
Hal ini kerana, Karina (Nurkamelia) yang merupakan penguam cemerlang di situ telah berpindah ke firma lain. Rahimin pula mengambil kes yang mudah kerana tidak mahu mengalami proses mahkamah yang panjang. Manakala Ang pula menolak sebarang kes yang memerlukan dia masuk mahkamah kerana trauma dengan satu kes lampau.
Ketiadaan Karina memberi kesan kepada firma mereka sehingga suatu hari, Rahimin mendapat tawaran daripada Shaukie (Wan Ellyas) untuk bekerja secara eksklusif dengannya dan bayaran yang akan diterima sangat lumayan.
Rahimin mahu menerima tawaran tersebut kerana dapat membantu kewangan firma mereka yang mempunyai masalah walaupun Ang tidak bersetuju kerana latar belakang Shaukie sebagai ketua samseng yang akan mendatangkan masalah di kemudian hari.