Drama La Luna (TV2)

La Luna

Saksikan drama bersiri La Luna lakonan Zahirah MacWilson, Azrel Ismail, Elisha Sandha dan ramai lagi setiap setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 8.00 malam mengisi slot Drama On 2 di TV2.

La Luna

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2022
Waktu Siaran: Jumaat-Ahad, 8:00 malam
Rangkaian: TV2 slot Drama On 2
Skrip: Sofia J Rhyland
Pengarah: Liza Ismail
Produksi: Tenview (M) Sdn Bhd
Pelakon: Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Nasha Aziz, Elisha Sandha, Esma Danial, Aaron Al-Fateh, Aida Khalida, Afiq Muiz, Julia Ziegler, Jesse Lim, Steve Yap, Adam Corrie

Watak Pelakon
Zahirah Macwilson sebagai Luna
Azrel Ismail sebagai Joe
Elisha Sandha sebagai Amelia
Esma Danial sebagai Tan Sri Mustafa
Nasha Aziz sebagai Puan Sri
Jesse Lim sebagai Juan
Ridzuan Hashim sebagai Sunny
Afiq Muiz sebagai Don
Aaron Al-Fateh sebagai Kenji

Sinopsis La Luna

Episod 1 - Sepasukan polis menyerbu pusat pelacuran di kediaman mewah dan menangkap gadis-gadis yang menjadi mangsa pelacuran. 

Luna menjadi peguam bela seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket. Melalui gadis ini Luna mendapat maklumat berkaitan gerakan sindikit ini dan ketuanya, Juan. Malangnya gadis yang memberi maklumat ini mati dibunuh oleh orang suruhan Juan. Luna rasa bersalah kerana gagal memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada gadis itu. 

Luna kemudiannya dipanggil sebagai saksi pendakwa kes perbicaraan Juan, ketua sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran. Juan mengarahkan orang-orangnya mengekori Luna dan mengirim sejambak bunga dengan mesej ugutan kepada Luna. Dalam perjalanan ke pejabat, kereta Luna juga diekori oleh seorang lelaki yang kemudian cuba menembaknya. 

Episod 2 - Dalam pertemuannya dengan Sunny, Don bertanyakan tentang Cuwei. Don tidak menafikan apabila Sunny bertanya samada Kenji yang sebenarnya ingin tahu dimana Cuwei. Sunny menjelaskan yang Cuwei telah dijual kepada sindiket pelacuran di luar negeri. Sementara itu, ibu Emir yang bergegas ke hospital untuk menziarah Emir, menyalahkan Luna dengan tragedi yang menimpa anaknya, Emir. Ibu Emir juga melepaskan perasaan marahnya dengan memutuskan pertunangan anaknya dengan Luna. Luna meminta maaf tetapi dihalau oleh ibu Emir. Kenji yang mengekori Don akhirnya tahu di mana Sunny tinggal. Kenji memecah masuk rumah Sunny sebelum memukul dan mencederakannya Sunny kerana dia enggan memberitahu di mana ibunya, Cuwei. Sunny cedera parah dan tidak sedarkan diri. 

Episod 3 - Pasukan Polis tiba di rumah Tan Sri Mustafa dan mula menyiasat kes penculikan Amelia dan mereka merakam panggilan telefon dan cuba mengesan lokasi penculik. Pihak Polis meminta gambar rakan-rakan Amelia dan bertanyakan ibu Amelia samada dia mengenalinya. Pihak Polis juga menemui kawan Amelia, Zee yang memberi tahu dia dirogol di Kelab Malam pada malam Amelia diculik. Lee yang tiba di rumah Sunny terkejut mendapati pintu rumah Sunny terbuka. Dia kemudian menemui Sunny terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan dan lumuran darah di kepala dan dibawa ke hospital.

Episod 4 - Dadah ecstasy yang ditemui dalam bilik tidur Amelia memeranjatkan Luna dan ayahnya. Tan Sri Mustafa mengesyaki Amelia merancang penculikannya. Luna meminta pihak Polis menghentikan siasatan. Wartawan menyerbu rumah Tan Sri dan mengajukan pelbagai soalan tentang Luna yang dikatakan menjadi sasaran tembakan dalam tragedi yang menimpa Emir.