Tumpang Lalu Bang

Tumpang Lalu Bang

Drama bersiri komedi 'Tumpang Lalu Bang' diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, diarahkan oleh Eoon Shuhaini, nukilan skrip oleh Wan Mahani. Mnampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi. Tumpang Lalu Bang akan bersiaran menerusi slot Diandra TV9, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022.

Tumpang Lalu Bang

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2 Februari 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 8:30 malam
Rangkaian: TV9 slot Diandra
Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Aidil Aziz, Raja Afiq, Afzan A.Rahman, Danial Dashuki, Dalimawati, Amanda Misbun, Mahmud Alibashah, Ziana Zain, Ozlynn, Farez Ridzwan, Syamim Farid

Watak Pelakon
Tomok sebagai Nizam
Kilafairy sebagai Sofiah
Ziana Zain sebagai Emma
Mahmud Alibashah sebagai Latif
Aidil Aziz sebagai Sufian
Black Hanifah sebagai Sobri
Raja Afiq sebagai Syahrin
Afzan A.Rahman sebagai Syamil
Danial Dashuki sebagai Shuib
Qi Razali sebagai Luqman
Delimawati sebagai Nik Timah
Syamim Farid sebagai Azura
Natasya Mahyan sebagai Ura Fazura
Amanda Misbun sebagai Nora Dinash
Sazrin Aizul sebagai Rashid
Annie Mosha sebagai Hana
Fared Ridzwan sebagai Danial
Norisz Ismail sebagai Fatihah
Sri Pak Mudo sebagai Che Lah
Ozlynn Wati sebagai Puan Nita
Aqeesh Aleeya sebagai Sarah
Shaf Naufas sebagai Latif Muda

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tumpang Lalu
Penyanyi: Tomok & Kilafairy
Komposer: Tomok, Rudy Nastia

Sinopsis Tumpang Lalu Bang

Mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam.

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?