Sayang Tak Dikenang

Sayang Tak Dikenang

Drama Sayang Tak Dikenang adaptasi novel karya Wazrul Shah akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 4 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 7.00 malam serta boleh strim di Disney+ Hotstar. Drama bersiri 28 episod terbitan FJ Pictures, diarahkan oleh Feroz Kader serta menampilkan pelakon seperti Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin dan ramai lagi.

Sayang Tak Dikenang

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 4 Mac 2022
Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: Shida Zali, Amin Shakib, Mia Marziah
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Mak Engku Fridah, Shamshul Danish, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman, Ainina Ahmad, Jasmine Ashraff, Alif Muhaimin, Sera Melissa, Andy Teh, Fad Anuar, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, Kak Girl, Meor Mohd, Mimie Amirah, Faizul Syaharin, Tengku Tieya Zue

Watak Pelakon
Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
Ruhainies sebagai Ayu Izhani
Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
Andy Teh sebagai Erick
Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
Riz Amin sebagai Omar
Sera Melissa sebagai Amalin
Fad Anuar sebagai Fitri 
Alif Muhaimin sebagai Rizal
Mahmud Ali Bashah sebagai Raif
Fazlina Ahmad Daud sebagai Amira
Ainina Ahmad sebagai Azilah
Kak Girl sebagai Kak Roslaini
Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
Mak Engku Fridah sebagai Nek Chik
Manan Sulaiman sebagai Hamdan
Meor Mohd sebagai Aakif
Mimie Amirah sebagai Nazneen
Shamshul Danish sebagai Hakim
Faizul Syaharin sebagai Encik Faiz 
Tengku Tieya Zue sebagai Bella

Lagu Tema (OST)
Naqiu - Kisah Hati Lara
Komposer: Johan John & Naqiu 
Lirik: Khaleel & Wit Mohsen

Sinopsis Sayang Tak Dikenang

Mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama. 

Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami.

Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani.

Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian. 

Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya. 

Sinopsis Novel Sayang Tak Dikenang

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia.

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.

Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. 

Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?

Sayang Tak DikenangSayang Tak Dikenang