Ratu Ten Pin 2 Shalin

Ratu Ten Pin 2 Shalin

Selepas kejayaan pada siri pertamanya, ‘Ratu Ten Pin’ hasil terbitan JS Pictures Sdn. Bhd kini kembali dengan siri kedua, Ratu Ten Pin 2: Shalin. Diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara. Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin musim kedua disiarkan mulai 11 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO dan On Demand.

Ratu Ten Pin 2: Shalin

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Pengarah: Azman Yahya
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jasmine Suraya sebagai Shalin
Elisya Sandha sebagai Norma
Syaidatul Afifah sebagai Sandra
Nazim Othman sebagai Arief 
Sheila Rusly sebagai Mem Maria
Nasz Sally sebagai Nurin
Wani Kayrie sebagai Suzana
Lim Mei Fen sebagai Christi

Sinopsis Ratu Ten Pin 2 Shalin

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut, walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya. 

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini. 

Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukanya.