Seribu Nina

Seribu Nina

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT, melancarkan siri drama Viu Original Malaysia terbaharu Seribu Nina bermula Khamis, 19 Mei 2022 ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.

Seribu Nina adalah drama hasil arahan Umi Salwana Omar, menampilkan Adriana Adnan, Syafiq Kyle dan Marsha Milan sabagai pelakon utama.

Penonton Viu boleh menonton siri ini menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com

Seribu Nina

Tayangan di Viu: 19 Mei 2022
Idea Asal: Nazri Vovinski
Skrip: Azhar Amirulhisyam, Hazo Mahayuddin, Baizura Kahar
Pengarah: Umi Salwana Omar
Produksi: Infinitus Ventures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Adriana Adnan sebagai Nina
Syafiq Kyle sebagai Amar
Marsha Milan sebagai Didi
Adlin Aman Ramlie sebagai Firdaus
Fahmy Reza sebagaisebagai Sado
Nadia Aqilah sebagai Yati
Chelsia Ng sebagai Ann
Riezman Khuzaimi sebagai Sebi
Arash Mohammad sebagai Orang Besar
Roniey Syahrul sebagai Hooded Assassin

Sinopsis Seribu Nina

Mengisahkan satu pasangan yang berbeza personaliti : Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan. Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain

Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka.

stlSeribu Nina