Filem Prebet Sapu atau judul dalam bahasa Inggeris 'Hail, Driver!' telah dipilih oleh Finas untuk mewakili Malaysia di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.
Prebet Sapu merupakan garapan sulung pengarah muda Muzammer Rahman. Diterajui oleh Amerul Affendi dan Mei Fen Lim selain penampilan istimewa seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron dan Nadiya Nisaa.
Filem Prebet Sapu dihasilkan dalam konsep hitam putih dengan kos pembikanan sebanyak RM500,000. Prebet Sapu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember ini.
Prebet Sapu
Tarikh Tayangan: 16 Disember 2021
Idea Asal: Muzz Amer
Pengarah: Muzammer Rahman
Produksi: Le Mediator Studio, Kristal Azmir, Konda Kondi Studio
Pelakon: Amerul Affendi, Mei Fen Lim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun
Sinopsis Prebet Sapu
Aman, seorang penulis muda yang bercita-cita tinggi, berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya dengan kereta lama arwah bapanya. Aman tidak mempunyai tempat tinggal dan bergelut untuk mencari kerja. Untuk menampung kehidupan, Aman membuat keputusan menjadi pemandu e-hailing secara haram setelah gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna.
Sehinggalah dia bertemu dengan Bella, yang menawarkan dia tempat tinggal dan menjadi pemandu peribadinya. Apabila mereka semakin rapat, Bella memberitahu Aman tentang hasratnya untuk meninggalkan Malaysia. Konflik apabila Bella mendapati dirinya hamil dan memutuskan untuk menggugurkan kandungan.