Khaenak Serangan Pocong

Khaenak Serangan Pocong

Selepas filem Khaenak 1 & 2 mendapat sambutan yang cukup luar biasa di saluran YouTube tahun lalu, penerbit filem KCTV Network & Broadcasting Sdn. Bhd tampil dengan filem terbaru berjudul 'Khaenak: Serangan Pocong' yang akan ditayangkan di Astro First 480 mulai 11 November ini.

JUDUL : KHAENAK SERANGAN POCONG
TARIKH TAYANGAN : 11 November 2021
RANGKAIAN: Astro First 480  
PENULIS SKRIP : Ahmad Abila Ariffin
PENGARAH : Emma Kasmuri
PRODUKSI : KCTV Network & Broadcasting Sdn Bhd

BARISAN PELAKON
Apak Harry Khalifah sebagai Apak
Diana Ezety sebagai D’Yana
Kamarool Hj Yusoff sebagai Tok Bomoh
Hushairi Husain sebagai Dukun Siam
Along PM sebagai Pok Leh Agogo
Amin AR sebagai Amin Gagap
Shan Jeevan sebagai Sanjay
Ryezal Apak sebagai Pocong
Daddy Abila sebagai Tok Penghulu
Abe Mat Ngepeksebagai Pengurus Kedai Emas
Lah Herosebagai Lelaki Buta / Malek
Nurul Nabilah sebagai Cik Ani
Eyija Kasmuri sebagai Mek Som
Sufian Bakar sebagai Pian Kiting
Hafis Mustaffar sebagai Pemandu Van Jenazah 1
Bob Hazzely Hussain sebagai Pemandu Van Jenazah 2
Hamizai Hamid sebagai Isteri Dukun Siam
Afiq Afham sebagai Jurujual Kedai Emas

SINOPSIS KHAENAK SERANGAN POCONG
Kisah berlatarbelakangkan sebuah kampung di pinggir bandar, di mana pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan, tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.

Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur, Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani.

Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong; ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur.