I Promise Janji Anaqi

I Promise Janji Anaqi

Drama rantaian 'I Promise Janji Anaqi' diadaptasi daripada novel karya Acik Lana, dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong. Drama ini bakal menemui penonton di Astro Ria mulai 6 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam.

JUDUL : I PROMISE JANJI ANAQI
TARIKH TAYANGAN : 6 Disember 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam
RANGKAIAN : Astro Ria 104
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Ferqisha, Alicia Amin, Isaac Iman

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi
Emma Maembong sebagai Hayla
Talha Harith sebagai Zafran

SINOPSIS IPROMISE JANJI ANAQI
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z.

Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah!

Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.

Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.

"Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi

Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?

I Promise Janji Anaqi