Bahagia Itu Bukan Cinta

Bahagia Itu Bukan Cinta

Saksikan telefilem Bahagia Itu Bukan Cinta lakonan Redza Rosli dan Nazeera Sardi pada 4 Disember 2021, Sabtu jam 9 malam di TV1.

Bahagia Itu Bukan Cinta

Waktu Siaran: Sabtu, 4 Disember 2021, 9:00 malam 
Rangkaian: TV1 (Panggung RTM)
Pengarah: Shirin
Produksi: Cintakasih Productions Sdn Bhd
Pelakon: Redza Rosli, Nazeera Sardi, Edika Yusof, Safura Yaacob, Rahim Omar, Nadia Kesuma, Muhammad Daniel

Sinopsis Bahagia Itu Bukan Cinta
Gusar melihat kehidupan anak perempuannya, Nadiah semakin tidak terkawal, Tan Sri Hashim bertindak menjodohkan Nadiah dengan Hazimi, anak Tuan Haji Suhaimi yang merupakan sahabat karibnya. Walaupun setelah bergelar suami isteri, Nadiah masih tidak mampu dikawal oleh Hazimi dan masih meneruskan kehidupan liarnya. 

Hazimi seorang pemuda kampung sabar dalam mendidik isterinya, Nadiah yang hidup sosial serta sukar dikawal. Walaupun sering diherdik, Hazimi tidak pernah serik membimbing Nadiah sehingga isterinya diuji dengan musibah yang menjadi titik tolak perubahan hidup beliau.