Drama The Hotel 2

The Hotel 2

Drama  rantaian ‘Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2’disiarkan mulai 27 Oktober 2021 di slot Megadrama, Astro Ria. Menampilkan lakonan Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly, Sean Lee, Natasha Elyzza, Dini Schatzman dan ramai lagi.

JUDUL : THE HOTEL SEASON 2
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober - 25 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : Astro Ria - MegaDrama 
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Rahim Ramli, Dawiem Hamizan, Michelle Yoon
IDEA ASAL : Michael Ang
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly, Dini Schatzmann, Sean Lee, Yasmin Hani, Azhar Amir, Natasha Elyzza, Ku Faridah, Eina Azman, Asha Merican, Nabil Aqil, Eina Azman, Farah Ahmad

WATAK PELAKON 
Uqasha Senrose sebagai Dr.Firhani
Syazwan Zulkifly sebagai Haziq
Sean Lee sebagai Umar
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Eina Azman sebagai Julia
Dini Schatzmann sebagai Adri
Yasmin Hani sebagai Tania
Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
Nabil Aqil sebagai Arman
Asha Merican sebagai Marsha
Azhar Amir sebagai Syed Jamaluddin
Ku Faridah sebagai Miss Ros

LAGU TEMA (OST)
Keliru - Lil J & Ara Johari
Tetap Aku Cinta - Ara Johari
Selamat Jalan - Mohsein Kush feat Tulangkata
Halusinasi - Fieya Julia

SINOPSIS THE HOTEL 2
Walaupun dengan pengurusan tegas baru di bawah Tania, hotel itu dikejutkan lagi dengan kematian Akash yang merupakan kawan dan rakan perniagaan Umar. Dr. Firhani, penghuni baru di Samudera Suites yang pada mulanya tinggal di unitnya sendiri, berpindah masuk dengan Umaira yang kini tinggal seorang. Konflik antara mereka bermula apabila Dr. Firhani dan Umar mula rapat dan Umaira cemburu. 

Dr. Firhani terus diburu oleh bekas tunangnya, Haziq yang mempunyai keadaan mental yang tidak stabil. Apabila Dr. Firhani dapat tahu yang Haziq membunuh Akash, mencederakan Umar dan menculik Adri (semua akibat sikap posesif melampau Haziq yang tidak mahu mereka mendekati Dr. Firhani), Dr. Firhani dan Umar terpaksa merancang untuk membunuh Haziq bersama-sama.

Episod 01
Bekas tunang Firhani iaitu Haziq yang obsess dengannya kerap menganggu Firhani membuatkan dia benggang. Umar dan Akash bergaduh apabila Akash mahu meneruskan penjualan dadah di kedai mereka.

Episod 02
Umar terkejut bila mendapat berita yang Akash meninggal dunia. Umar panik bila dia disoal sias

The Hotel 2The Hotel 2Drama The Hotel 2