Drama Roti Cicah Susu

Roti Cicah Susu

Nantikan drama adaptasi novel Roti Cicah Susu karya Liza Nur yang akan bersiaran mulai 10 Oktober setiap Isnin-Khamis jam 11 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO.
 

Roti Cicah Susu

Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam 
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Novel: Liza Nur
Penulis Skrip: Ayuni Zamani
Pengarah: Azman Hj Yahya, Sheila Rusly, Uzair Haqimy
Produksi: JS Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Haneesya Hanee sebagai Umaira
Syazuwan Hassan sebagai Emil
Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail
Farahdhiya sebagai Arissa
Fizz Fairuz sebagai Iskandar
Riezman Khuzaimi sebagai Dato Haidar
Afifah Nasir sebagai Hernani
Safwan Nazri sebagai Lutfi
Aida Aris sebagai Datuk Ratna
Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
Jasper Supayah sebagai Maryam
Sharifah Fathimah Hawra sebagai Umaira 
Adrianna Qasmia sebagai Arissa

Sinopsis Roti Cicah Susu

Mengisahkan tentang empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di Teratak Markissa. Namun, kempat–empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa yang menyebabkan rumah tersebut ditutup. Selepas 15 tahun, mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui.

Sinopsis Novel Roti Cicah Susu

Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak. Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan. Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?

Roti Cicah Susu