Maulidur Rasul Datang Lagi (TV3)

Saksikan telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul, 'Maulidur Rasul Datang Lagi' lakonan lakonan Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Ropie dan ramai lagi pada Isnin (18 Oktober 2021) pukul 10.00 malam di TV3.

JUDUL : MAULIDUR RASUL DATANG LAGI
WAKTU SIARAN : Isnin, 18 Oktober 2021, 10:00 malam
RANGKAIAN : TV3
PENGARAH : Khairul Rizam
PRODUKSI : -
PELAKON : Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Ropie, Razak Ahmad, Aleza Shadan, Erul Samah, Johan As’ari

SINOPSIS MAULIDUR RASUL DATANG LAGI
Mengisahkan tentang seorang lelaki berumur 22 tahun bernama Adam yang ingin berubah dari seorang gangster kepada seorang yang baik.

Perubahan Adam berlaku apabila dia berjumpa Felora yang membantunya ketika teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster. Felora mengajak Adam untuk memasuki pertandingan nasyid anjurannya. Rakan-rakan gangster Adam mentertawakannya kerana menganggap gangster tak boleh bernasyid.

Mereka terkejut apabila Adam memberitahu mereka pertandingan itu menjanjikan hadiah wang tunai. Adam pula mulai menyedari cara kehidupannya yang salah dan cuba berubah. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adam. Bagaimanakah kesudahan Adam dan rakan-rakan gangsternya?


Maulidur Rasul Datang LagiMaulidur Rasul Datang Lagi