Drama Kau CEO Aku

Kau CEO Aku

Drama adaptasi novel 'KAU? CEO AKU?' karya Maya Rahman diarahkan oleh Harris Fadzillah terbitan syarikat Country & Universal Sdn Bhd. Saksikan Kau? C.E.O Aku? lakonan Azrel Ismail dan Puteri Aishah mulai 23 Mac 2023 disiarkan setiap hari, pukul 6.45 petang melalui slot Widuri TV1. 

Kau? C.E.O Aku?

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 23 Mac 2023
Waktu Siaran: Setiap hari, 6.45 petang
Rangkaian: TV1 slot Widuri
Penulis Skrip: Suhaila Nordin, Tinta Jingga, Pgr's Team
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon: Azrel Ismail, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifly, Neera Azizi, Talha Harith, Siti Hariesa, Trisha Ooi, Zuhairi Ibrahim, Anne Abdullah, Amelina, Ainina Ahmad, Zalfa Zin

Watak Pelakon
Azrel Ismail sebagai Danial Firdaus
Puteri Aishah sebagai Aisya Sofia
Neera Azizi sebagai Mila Armilia
Syazwan Zulkifli sebagai Hakimi
Talha Harith sebagai Syafiq
Siti Hariesa sebagai Anis
Amelina sebagai Datin Faridah
Zalfa Zin sebagai Tania
Izzul Faiq sebagai Khairul

Sinopsis Kau C.E.O. Aku

Mengisahkan Aisya yang berkahwin dengan Danial atas pilihan keluarga namun kehadiran Mila, kawan baik Danial cuba mengganggu perkahwinan mereka. 

Aisya menikah dengan Danial kerana pilihan keluarga. Danial Firdaus adalah C.E.O di tempat kerjanya. Orangnya handsome tapi ego dan sombong melangit. 

Setelah berkahwin dugaan menimpa satu-persatu. Semua gara-gara Hanis Armilia atau Mila, teman rapat Danial. Anak yang dikandung selama 6 bulan meninggal gara-gara Mila. 

Selepas itu Danial minta untuk berkahwin dengan Mila kerana mahu melindungi dirinya dan mahukan zuriat. Aisya Sofea hanya memendam perasaan dan akur dengan kata-kata Danial. 

Nasib baik Aisya mempunyai ramai yang menyanyangi dirinya - Anis, Syafiq dan Hakimi. Mereka bersusah-payah mencari bukti untuk mempertahankan hak dan kebenaran Aisya.

Kau CEO Aku

Kau CEO Aku