Jiwa Yang Kau Puja

Jiwa Yang Kau Puja

Saksikan kesinambungan drama The Hotel, Jiwa Yang Kau Puja mulai 27 Oktober 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam Isnin hingga Khamis di Astro Ria atau strim saja di Aplikasi Astro Go / Ultra Box. 

JUDUL : THE HOTEL 2 - JIWA YANG KAU PUJA
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober - 25 November 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : Astro Ria - MegaDrama 
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Rahim Ramli, Dawiem Hamizan, Michelle Yoon
IDEA ASAL : Michael Ang
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly, Dini Schatzmann, Sean Lee, Yasmin Hani, Azhar Amir, Natasha Elyzza, Ku Faridah, Eina Azman, Asha Merican, Nabil Aqil, Eina Azman, Farah Ahmad

WATAK PELAKON 
Uqasha Senrose sebagai Dr.Firhani
Syazwan Zulkifly sebagai Haziq
Sean Lee sebagai Umar
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Eina Azman sebagai Julia
Dini Schatzmann sebagai Adri
Yasmin Hani sebagai Tania
Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
Nabil Aqil sebagai Arman
Asha Merican sebagai Marsha
Azhar Amir sebagai Syed Jamaluddin
Ku Faridah sebagai Miss Ros

LAGU TEMA (OST)
Keliru - Lil J & Ara Johari
Tetap Aku Cinta - Ara Johari
Selamat Jalan - Mohsein Kush feat Tulangkata
Halusinasi - Fieya Julia

SINOPSIS JIWA YANG KAU PUJA
Walaupun dengan pengurusan tegas baru di bawah Tania, hotel itu dikejutkan lagi dengan kematian Akash yang merupakan kawan dan rakan perniagaan Umar. Dr. Firhani, penghuni baru di Samudera Suites yang pada mulanya tinggal di unitnya sendiri, berpindah masuk dengan Umaira yang kini tinggal seorang. Konflik antara mereka bermula apabila Dr. Firhani dan Umar mula rapat dan Umaira cemburu. 

Dr. Firhani terus diburu oleh bekas tunangnya, Haziq yang mempunyai keadaan mental yang tidak stabil. Apabila Dr. Firhani dapat tahu yang Haziq membunuh Akash, mencederakan Umar dan menculik Adri (semua akibat sikap posesif melampau Haziq yang tidak mahu mereka mendekati Dr. Firhani), Dr. Firhani dan Umar terpaksa merancang untuk membunuh Haziq bersama-sama.

Episod 01
Bekas tunang Firhani iaitu Haziq yang obsess dengannya kerap menganggu Firhani membuatkan dia benggang. Umar dan Akash bergaduh apabila Akash mahu meneruskan penjualan dadah di kedai mereka.

Episod 02
Umar terkejut bila mendapat berita yang Akash meninggal dunia. Umar panik bila dia disoal siasat. Umaira nasihatkan Umar supaya ceritakan apa yang terjadi supaya kes tidak menjadi lagi teruk.

Episod 03
Marsha ceroboh masuk dalam satu bilik di Hotel itu dan mencari-cari sesuatu seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Firhani tiba-tiba marah Adri dan minta dia untuk berhenti menggangu dia.

Episod 04
Umaira terkejut bila Umar terima tawaran untuk menjadi pengedar dadah tetapi sebaliknya yang berlaku. Tiana curiga dengan Marsha dan minta penyiasat persendirian untuk menyiasat latar belakang Marsha.

Episod 05
Umar jadi teruja apabila dia sukarela untuk membantu penyiasatan tentang kematian Akash. Adri tidak setuju bila Julia beritahu yang dia akan berkahwin dengan Jamal kerana Adri tidak percaya Jamal.

Episod 06
Haziq menakutkan Firhani apabila dia masuk pindah ke Hotel tempat Firhani tinggal. Firhani cuba menipu yang dia tidak lagi tinggal disitu tetapi Haziq tidak termakan dengan kata-kata Firhani.