Drama Cinta Yang Tertangguh

Cinta Yang Tertangguh

Drama adaptasi novel 'Cinta Yang Tertangguh' karya Zaza Qry bakal menampilkan gandingan pelakon Luqman Hafidz dan Sweet Qismina. Drama terbitan Suhan Movies & Trading, diarahkan oleh Amie Maziah. Akan disiarkan di saluran RTM.

JUDUL : CINTA YANG TERTANGGUH
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 2022
WAKTU SIARAN : -
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Amie Maziah
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Luqman Hafidz, Sweet Qismina, Laila Nasir, Firdaus Ghufran,  Arissa Puteri , Muaz Fitri, Eryn Gani, Mustapha Kamal, Halim Radzi, Mimi Ernida

WATAK PELAKON
Luqman Hafidz sebagai Adrish Haqiey
Sweet Qismina sebagai Hanania
Laila Nasir sebagai Tengku Raziah
Firdaus Ghufran sebagai Syaqer  
Arissa Puteri sebagai Mya 
Muaz Fitri sebagai Jaf
Eryn Gani sebagai Elisa
Mustapha Kamal sebagai Reza
Amai Kamarudin sebagai Arash

SINOPSIS CINTA YANG TERTANGGUH
Kematian mengejut abang ipar dan kakaknya membuatkan Hanania menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya. Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

Cinta Yang Tertangguh