Air Mata Pendosa (TV2)

Air Mata Pendosa

Saksikan telefilem sempena Maulidur Rasul bertajuk 'Air Mata Pendosa' lakonan Risteena Munim, Iman Zulkarnain dan Aida Khalida pada Selasa (19 Oktober 2021) pukul 9.00 malam di TV2.

JUDUL : AIR MATA PENDOSA
WAKTU SIARAN : Selasa, 19 Oktober 2021, 9:00 malam  
RANGKAIAN : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Rosmadewi Zin
PENGARAH : Adam Hamid
PRODUKSI : Moonlight Film Sdn Bhd
PELAKON : Risteena Munim, Iman Zulkarnain, Aida Khalida, Bea Rameshan, Khalida Balqis

SINOPSIS AIR MATA PENDOSA
Nurlisa memulakan kehidupan baru bersama anak lelakinya Amir selepas dia dan Nazmi bercerai. Nazmi yang telah berkahwin lain tidak pernah lalai terhadap tanggung jawabnya ke atas Nurlisa dan Amir walaupun dia dan isterinya sering bergaduh kerana isterinya menganggap Nazmi tidak adil dalam memberi nafkah. 

Malang tidak berbau, Nurlisa ditimpa musibah di mana Amir terkorban dalam sebuah kejadian langgar lari. Kejadian tersebut menambahkan lagi duka buat Nurlisa hingga mengalami tekanan perasaan dan tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan.