Kampung Latah Kena Kuarantin

Kampung Latah Kena Kuarantin

Saksikan filem komedi, Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro First bermula 9 September 2021. Filem tempatan pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya. 
 
Antara pelakon utama yang terkenal dengan latahnya adalah adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah. Selain itu, pelakon lain yang turut menjadi teraju utama adalah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee  Senario dan Wanns Ahmad. Filem ini diperhebatkan lagi dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie, AR Badul, Ustaz Syamsul Debat, Riezman Khuzaimi, Roy Azman, Achong Sweet Child dan Mak Wan Latah.

JUDUL : KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN
TARIKH TAYANGAN : 9 September 2021 
CERITA ASAL : Nazia Mustafar
PENULIS SKRIP : Azizi Adnan
PENGARAH : Azizi Adnan
PRODUKSI : Megapine Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario, Wanns Ahmad, Datuk Awie, AR Badul, Ustaz Syamsul Debat, Riezman Khuzaimi, Roy Azman, Achong Sweet Child, Mak Wan Latah

WATAK PELAKON
Azhan Rani sebagai Ajin
Nazia Mustafar sebagai Jamilah
Ieda Moin sebagai Eton
PS Mansur sebagai Din
Elisya Sandha sebagai Juanita
Joey Daud sebagai Apoi
Bell Ngasri sebagai Abon
Anjang (Wanns Ahmad sebagai
Datuk Awie sebagai Dukun Palermo
AR Badul sebagai Tok Ketua
Ustaz Syamsul Debat sebagai Bro Aji
Riezman Khuzaimi sebagai YB Hazil
Roy Azman sebagai Pegawai Perubatan
Achong Sweet Child sebagai Opera Cina
Mak Wan Latah sebagai Mak Jenab

SINOPSIS KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN
Mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan  luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia  yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria,  tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak  terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes  merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga  terbunuh rakan atau pasangan. Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.