Drama Ganjil (Viu)

Ganjil

Saksikan siri Viu Original berjudul 'Ganjil' sebuah kisah percintaan yang romantik, penuh fantasi  lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle. Diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures, arahan Datuk Yusry Abdul Halim.

Ganjil akan mula ditayangkan pada 30 September ini, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober. Penonton boleh menyaksikan  siri ini menerusi aplikasi Viu. Hanya muat turun secara percuma melalui  App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, atau laman web di www.viu.com. 

JUDUL : GANJIL
EPISOD : 10
RANGKAIAN : VIU
TAYANGAN : 30 September 2021
IDEA ASAL : Saniboey Mohd Ismail
SKRIP : Evelyn Afnilia, Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
PRODUKSI : Razor’s Edge Pictures
PELAKON : Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek, Imuda, Amir Nafis, Danish Hazriq, Azri Sabri

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Amry
Diana Danielle sebagai Nabila
Izzue Islam sebagai Ihsan
Fatin Afeefa sebagai Sally
Eizlan Yusof sebagai Haris
Aida Aris sebagai Rina
Amir Nafis sebagai Nizam
Azri Sabri sebagai Razak

LAGU
Bisikan -  Noh Salleh
Tanpa Cinta  -  Izwan Talhah

SINOPSIS GANJIL
Kisah Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi. 

Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka. 

Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti. 

Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.

.....
Amry dan Nabila mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. 

Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

GanjilGanjil Viu