,

Filem Olympic Dream

September 20, 2021

Olympic Dream

Saksikan filem tentang sukan badminton, Olympic Dream yang akan ditayangkan di Astro First bermula 23 September 2021. Filem genre drama dan sukan ini menyaksikan penampilan legenda badminton negara seperti seperti Rashid Sidek, Cheah Soon Kit, Ong Ewe Hock, Vivien Woo dan Janice Woon.

Filem hasil produksi Full Billion Entertainment ini juga mempertaruhkan gandingan generasi baru dan lama sebagai teraju utama, seperti pelakon Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate di England, Maya Karin; Pelakon Terbaik di Anugerah Golden Awards 2017, Jordan Voon; pelakon filem Hong Kong – Malaysia, adik Annabelle Tan; dan bekas pemain kebangsaan dan kini jurulatih badminton Adelle Ng.

Filem Olympic Dream arahan Don Hoe ini telah menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa, antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021; Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019; Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

JUDUL : OLYMPIC DREAM
Genre : Drama & Sukan
Tarikh Tayangan : 23 September 2021
Skrip : Jeffrey Leong, Neo Jun Chen, Lyon Ng
Cerita Asal : Don Hoe
Pengarah : Don Hoe
Produksi : De Theatre Entertainment & Full Billion Entertainment

BARISAN PELAKON
Maya Karin sebagai Mak Cik Fatimah 
Jordan Voon sebagai Pak Cik Quan 
Annabelle Tan sebagai Wong Anna (Muda) 
Adelle Ng sebagai Wong Anna 

PENAMPILAN ISTIMEWA 
Rashid Sidek sebagai Rashid Sidek 
Cheah Soon Kit sebagai Coach Cheah 
Ong Ewe Hock sebagai Coach Ong 
Janice Woon Khe Wei sebagai Janice Woon Khe Wei 
Vivian Hoo Kah Mun sebagai Vivian Hoo Kah Mun 
Jean Tan sebagai Siu Man 
John Tan sebagai Ho Hao Yu 
Jeffrey Leong sebagai Cikgu Goh 
Chai Zi sebagai Pak Cik Quan (Muda)

LAGU OST 
“Olympic Dream”
Penyanyi: Maya Karin & Geraldine Gan
Lirik: Don Hoe 
Komposer: Don Hoe
Music Arrangment: Stanley Fam 

“Aku Cinta Padamu”
Penyanyi: Jordan Voon & Don Hoe 
Lirik: Don Hoe 
Komposer: Don Hoe 
Music Arrangment: Stanley Fam

SINOPSIS OLYMPIC DREAM
Mengisahkan tentang Wong Anna yang meminati dan bercita-cita sejak kecil untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya. 

Ketika di sekolah, Anna ternampak kehebatan Pak Cik Quan yang juga merupakan bekas pemain badminton dalam mengendalikan bola tangkis. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan badminton. Bakat Anna telah dilihat oleh jurulatih Cheah dan itu membuka laluan Anna untuk menjadi pemain kebangsaan. 

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebanggsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man telah cedera parah dan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu. 

Anna dan Hao Yu belatih keras untuk mengatasi semua kesukaran. Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta orang Malaysia untuk melangkah ke Olimpik. Tetapi berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow